Canalys, salah satu badan yang menganalisa trend jualan, kini telah mengeluarkan data terbaru mereka berkaitan 10 telefon pintar yang paling popular pada peringkat global sepanjang suku pertama 2020 yang lepas, iaitu antara Januari hingga Mac 2020 lepas.
Daripada data yang dikeluarkan berdasarkan kepada jualan pengeluaran, iPhone 11 menerajui senarai berkenaan dengan jarak yang agak tinggi berbanding pesaing lain.
Berikut merupakan 10 telefon pintar popular menurut Canalys untuk suku pertama 2020 yang lepas:
1. iPhone 11
2. Redmi Note 8 / 8T
3. Samsung Galaxy A51
4. Samsung Galaxy A10s
5. Redmi Note 8 Pro
6. iPhone 11 Pro Max
7. Samsung Galaxy A20s
8. Samsung Galaxy A01
9. Redmi 8A
10. iPhone 11 Pro
Daripada data yang dikeluarkan ini, hanya tiga pengeluar menduduki tangga teratas ini, iaitu Apple, Samsung dan juga Xiaomi.
Canalys mengatakan ini adalah berdasarkan kepada jangkaan dan analisa mereka untuk suku pertama 2020.