Cari @ Amanz

Airbus Membangunkan Sensor Yang Menghidu Covid-19 Untuk Kegunaan Dalam Pesawat

Link Copied!

Selamat datang ke dunia yang memerlukan kita mengubah norma lama dengan norma baharu yang perlu cakna dengan penyebaran wabak koronavirus. Makan secara berkumpulan besar kini menjadi sejarah dan duduk selang satu kerusi digalakkan. Antara industri yang terkesan teruk akibat Covid-19 ialah penerbangan awam. Sebab mengapa wabak tersebar pantas adalah kerana wujudnya pengangkutan udara. Maka tidak mengejutkan penyelesaian kepada masalah ini juga tiba dari pengeluar kapal terbang Airbus.

Airbus mengumumkan pembangunan sensor khas yang boleh mengesan kewujudan virus Covid-19 di dalam udara. Sensor ini pada asalnya dibangunkan untuk menghidu bahan letupan dan senjata kimia di dalam kabin pesawat. Ia dalah hasil kerjasama Airbus dengan Koniku Inc sejak 2017. Koniku Inc ialah syarikat bioteknologi yang mempunyai kepakaran menghasilkan sensor yang mengesan sebatian organik di udara.

Ujian awal yang memberikan keputusan positif. Oleh itu ujian dunia sebenar akan dilakukan pada suku keempat 2020. Airbus membayangkan sensor ini dipasang bukan sahaja di dalam kabin tetapi di kaunter pendaftaran masuk syarikat penerbangan. Dengan ini pembawa wabak dapat dihalang sebelum mereka mewujudkan kluster penyebaran baharu.


Komen ()