Di Malaysia dron komersial telah diubah suai untuk pemantauan rapat umum dan penguatkuasaan PKP oleh pihak PDRM. Antara maklum balas yang kami dengar ialah dron-dron ini tidak pernah direka untuk pelbagai situasi dan oleh itu DJI mempunyai rangkaian dron untuk kegunaan industri. Dron DJI Matrice 300 RTK ialah yang terkini di dalam rangkaian dengan kemampuan kalis air serta waktu penerbangan yang lama.
Dron dengan rekaan kuad-kipas ini melepas piawaian kalis air IP45. Tempat simpanan baterinya pula mempunyai sistem pemanas yang memastikan tiada masalah bateri berlaku ketika terbang di dalam suhu sehingga -20 celcius. Bercakap mengenai bateri, Matrice 300 RTK mampu terbang sehingga 55 minit dengan sekali caj. Ia mampu terbang pada kelajuan 83 km/j, menentang tiupan angin sehingga 54 km/j, mencapai ketinggian 7000 meter, dan dikawal sehingga jarak 15 kilometer.
Sistem kamera siri Zenmuse H20 untuk Matrice 300 RTK pula terdiri daripada kamera 20-Megapixel dengan lensa telefoto zum 23X, kamera 12-Megapixel sudut ultra lebar, pemancar laser mengesan jarak dan kamera termal radiometrik. Kesemua kamera tersimpan kemas di dalam tempat simpanan dengan kemampuan kalis air IP44.
DJI Matrice 300 RTK akan hanya dijual pada suku kedua 2020 tetapi pada waktu ini maklumat mengenai harga jualan masih belum diumumkan,