Vivo Bakal Membangunkan Cipset Tersendiri?

Vivo Bakal Membangunkan Cipset Tersendiri?

Diterbitkan pada Mei 10, 2020 oleh .

Pada hari ini, kita telah melihat Apple membangunkan cipset tersendiri yang digunakan pada telefon pintar, dan tidak ketinggalan juga adalah Huawei dengan cip Kirin dan Samsung dengan Exynos. Terbaru, melalui pendaftaran hakcipta di China, Vivo dilihat turut ingin membangunkan cipset mereka tersendiri.

Daripada pendaftaran hakcipta, ia dilihat Vivo telah mendaftarkannya pada September 2019 yang lepas.

Buat masa ini, tiada info lanjut berkenaan cip pemprosesan Vivo tersendiri. Namun, ia agak menarik melihat pelbagai pengeluar membangunkan cip pemprosesan mereka tersendiri dalam lebih mengawal prestasi peranti mereka – sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap Qualcomm dan MediaTek.



Paling Popular