Carian
DEF CON 2020 Dibatalkan Juga Kerana Koronavirus
May 10, 2020 Effi Saharudin

Sejak 1993, konvensyen DEF CON telah dianjurkan setiap tahun di Las Vegas, Amerika Syarikat. Ia menjadi medan pertemuan terbesar penggodam, pakar sekuriti atas talian dan agensi keselamatan negara. Pelbagai kerentanan sistem, perkakasan dan perisian akan didedahkan di dalam konvensyen ini. Tetapi wabak Covid-19 tidak boleh digodam dan akibatnya DEF CON 2020  telah dibatalkan.

Pembatalan acara tahun ini diumumkan oleh penganjur menerusi blog rasmi semalam. Acara yang selalunya berlangsung pada bulan Ogos terpaksa dibatalkan selepas mengambil kira keselamatan pengunjung. Sungguhpun begitu acara atas talian DEF CON Safe Mode akan berlangsung sebagai konvensyen gantian. Pada waktu ini penganjur sedang mengambil saranan platform manakah akan digunakan untuk DEF CON Safe Mode.

Komen