Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat pelbagai pengeluar peranti yang hadir dengan penggunaan skrin pada kadar segar semula tinggi di telefon. Ada yang menawarkannya sehingga mencapai kadar 144hz.

Appla dilihat tidak ingin ketinggalan. Mengikut desas-desus terbaru, Apple dijangka menyertakan iPhone 12 Pro dengan skrin ProMotion pada kadar mencapai 120Hz.

Ia dikatakan iPhone 12 Pro akan menawarkan mod yang mengubah paparan antara 60Hz ke 120Hz secara dinamik berdasarkan penggunaan, sekaligus menjimatkan bateri untuk penggunaan tempoh lama.

Buat masa ini, sistem ProMotion telah digunakan pada iPad Pro, dan tidak mustahil untuk melihatnya hadir pada telefon pintar Apple ini.

Apple dijangka memperkenalkan iPhone 12 sekitar September atau Oktober ini sekiranya mereka tidak terganggu dengan pengeluaran disebabkan oleh penularan wabak Covid-19.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd