Carian
Kelak Google Duo Akan Menyokong Panggilan Melibatkan 32 Pengguna Serentak
May 11, 2020 Effi Saharudin

Pandemik koronavirus mendedahkan kekurangan pelbagai aplikasi panggilan video dan telesidang tidak mempunyai sokongan yang tinggi. Ini adalah sebab mengapa Zoom menjadi pilihan lalai majoriti pengguna dunia kerana sejak dari awal mempunyai kapasiti yang cukup besar untuk menjadi platform pembelajaran atas talian misalnya. Aplikasi lain muka berkejaran untuk memberikan ciri yang setanding.

Menurut Android Police, Google Duo kelak akan menyokong panggilan video dengan 32 pengguna serentak. Ini adalah peningkatan mendadak dari sokongan 12 panggilan video serentak semasa. Ini adalah jumlah yang masih kecil berbanding 500 pada Zoom dan 250 pada Meet. Tetapi Duo tidak direka untuk kegunaan perniagaan dan 32 ialah angka yang cukup besar bagi majoriti pengguna.

Komen