Cari @ Amanz

Realme 6 Pro Kini Rasmi Di Malaysia – Berharga RM1399

Link Copied!

Seperti yang dijanjikan, Realme Malaysia hari ini melancarkan sebuah lagi peranti terbaru mereka iaitu Realme 6 Pro untuk pasaran tempatan. Realme 6 Pro melengkapkan keluarga Realme 6 dengan penawaran cukup menarik seperti paparan dengan kadar segar semula 90Hz, persediaan empat kamera utama selain rekaan yang unik bersama dengannya.

Dari segi spesifikasi, Realme 6 Pro hadir dengan skrin 6.6-inci pada kadar segar semula 90Hz bersama rekaan berlubang menempatkan kamera swafoto. Peranti ini dijana cip Snapdragon 720G, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Untuk penggambaran, peranti ini didatangkan dengan empat kamera utama dengan gabungan lensa 64-Megapixel + 12-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel.  Untuk swafoto, ia menyertakan dua kamera swafoto dengan lensa 16+8-Megapixel.

Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 4,300mAh pengecasan pantas 30W. Di Malaysia, Realme 6 Pro dijual pada harga RM1399 untuk versi 8GB + 128GB dan akan ditawarkan bermula 12 Mei kelak menerusi Lazada. Jualan menerusi pengedar rasmi Realme seluruh negara pula ditawarkan bermula 16 Mei 2020. Setiap pembelian didatangkan dengan hadiah percuma menarik berupa penawaran waranti tambahan selama 12 bulan dan hadiah eksklusif bernilai hingga RM149


Komen ()