U Mobile Kini Menawarkan Pelan Data Tanpa Had GX50 Pada Harga Langganan RM40 Sebulan
May 11, 2020
Telekomunikasi
Aman
U Mobile kini hadir dengan promosi khas untuk pelan tanpa had U Mobile GX50 dan juga GX68. Kedua-duanya hadir dengan pelan data tanpa had, panggilan tanpa had, dan juga penawaran hotspot sebanyak 5GB.

Kedua-dua pelan ini kini hadir dengan diskaun sebanyak RM10 sebulan selama 12 bulan, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan pelan GX50 pada harga RM40 sebulan, atau pelan GX68 pada harga RM58 sebulan.
Promosi potongan RM10 selama 12 bulan ini hanya ditawarkan untuk pelanggan baru sahaja atau untuk pelanggan yang menaik-taraf ke pelan tanpa had kelajuan GX68.
Sekiranya rangkaian U Mobile adalah baik dikawasan anda, mungkin boleh menyemak penawaran promosi U Mobile ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.