Xiaomi Malaysia hari ini telah memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah siri Redmi Note 9, iaitu Redmi Note 9 dan juga Redmi Note 9 Pro.
Redmi Note 9 Pro hadir dengan skrin 6.67-inci, dijana cip Snapdragon 720G, memori 6GB RAM dan storan 64GB. Ia turut menggunakan bateri 5020mAh, empat kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, dan kamera swafoto 16-megapixel. Redmi Note 9 Pro turut hadir dengan penggunaan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.
Redmi Note 9 pula hadir dengan skrin 6.53-inci, dijana cip MediaTek Helio G85, memori 3/4GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut menggunakan kapasiti bateri sama, iaitu 5020mAh. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan empat kamera belakang menggunakan sensor utama 48-megapixel, selain kamera swafoto 13-megapixel.
Di Malaysia, Xiaomi akan menawarkan Redmi Note 9 Pro pada harga bermula RM1099 untuk variasi 6GB RAM dan storan 128GB storan.
Redmi Note 9 pula ditawarkan pada harga RM649 untuk model 3GB RAM dan 64GB storan, sementara variasi 4GB RAM dengan 128GB storan pula ditawarkan pada harga RM749.