Cari @ Amanz

Selain pengenalan telefon pintar baru di Malaysia, Xiaomi turut telah memperkenalkan peranti baru dibawah siri Redmi K30 di China. Telefon pintar baru ini dikenali dengan nama Redmi K30 5G Racing Edition dan hadir dengan cip pemprosesan terbaru Qualcomm, iaitu Snapdragon 768G.

Redmi K30 5G Racing Edition

Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.67-inci dengan resolusi FHD+, selain hadir menawarkan kadar segar semula pada 120Hz. Redmi K30 5G Racing Edition ini hadir dengan sokongan rangkaian 5G, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi dengan bateri 4500mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Redmi K30 Racing Edition

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan empat kamera belakang dengan sensor utama 64MP Sony IMX686 + 8MP (ultra-lebar) + 5MP (makro) + 2MP (kedalaman). Untuk swafoto pula, telefon pintar ini menggunakan sensor utama 20MP dilengkapi sokongan sensor 2MP (kedalaman).

Buat masa ini, Redmi K30 Racing Edition ini hanya diumumkan di China sahaja, dan ditawarkan pada harga RMB1999, iaitu sekitar RM1223 untuk harga tukaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd