Huawei Menawarkan Komputer Riba Premium Di Malaysia Pada Harga RM7999

Diterbitkan pada Mei 12, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Malaysia kini telah pun mengumumkan penawaran komputer riba premium terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei MateBook X Pro (2020). Komputer riba ini akan ditawarkan untuk pengguna tempatan bermula 16 Mei ini.

Huawei MateBook X Pro (2020) hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7-10510U, menyertakan memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB NVMe PCIe SSD, dan dilengkapi dengan sokongan kad grafik NVIDIA GeForce MX250 GPU.

Huawei MateBook X Pro

Melengkapkan ia juga adalah skrin sebesar 13.9-inci dengan nisbah paparan 3:2, dan dilihat lebih memfokuskan kepada penawaran premium untuk perniagaan. Komputer riba ini turut menyertakan rekaan webcam pop-naik yang tersembunyi pada papan kekuncinya. Seperti kebanyakkan komputer riba, Hyawei MateBook X Pro (2020) turut hadir dengan Windows 10 Home, selain menyertakan pengimbas cap jari untuk sekuriti tambahan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan komputer riba MateBook X Pro ini pada harga RM7999 di Malaysia. Huawei turut menyertakan sejumlah hadiah percuma untuk pembelian, termasuk Huawei Sound X, tetikus Huawei, beg Huawei, dan juga Huawei Band 4.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami