Cari @ Amanz

Jabra Evolve2 Diperkenalkan Untuk Meningkatkan Produktiviti Bekerja Dari Rumah – Harga Bermula RM759

Oleh Nazrin

Link Copied!

Salah satu daripada cabaran bekerja dari rumah ialah menahan bunyi bising yang sering membingit telinga. Kadang-kala, seseorang hanya memerlukan persekitaran yang senyap untuk seketika untuk melengkapkan tugasan harian sebelum melayan kerenah anak-anak ataupun untuk melakukan kerja-kerja rumah.

Jabra faham akan keperluan para pekerja yang inginkan persekitaran tersebut dan telah melancarkan siri fon kepala baru melalui siri fon kepala Jabra Evolve 2. Fon kepala ini terdiri daripada tiga model, iaitu Jabra Evolve 2 85, Jabra Evolve 2 65 dan Jabra Evolve 2 40.

Jabra Evolve 2 85 ialah fon kepala kelas mercu didalam siri Evolve 2 ini. Ia hadir dengan rekaan serba baru yang menggabungkan teknologi pembatalan hingar pasif dan aktif yang membantu dalam melenyapkan bunyi hingar di latar belakang.

Untuk memudahkan pergerakan juga, fon kepala Evolve 2 85 ini dilengkapi dengan ciri penyambungan nirwayar Bluetooth 5 dan mempunyai jarak penyambungan sejauh 30 meter. Ia boleh disambungkan kepada komputer yang tidak mempunyai sokongan Bluetooth melalui dongle USB.

Bagi mereka yang sering menggunakan ciri pembantu digital pada peranti-peranti mereka, Jabra juga mengatakan bahawa Evolve 2 85 menyokong semua pembantu digital popular, termasuklah Alexa, Google Assistant dan juga Alexa.

Fon kepala ini juga dibina khusus bagi mereka yang sering menggunakan perisian telesidang Microsoft Teams. Ia mempunyai butang khusus untuk perisian tersebut, yang boleh digunakan untuk mengakses sesi telesidang dengan cepat dan mudah.

Beralih kepada Jabra Evolve 2 65, fon kepala ini adalah model kelas pertengahan yang hadir dengan sebahagian daripada ciri-ciri yang tiba pada Jabra Evolve 2 65, termasuklah ciri pembatalan hingar pasif, butang khas untuk Microsoft Teams terbina, dan juga sokongan untuk pembantu-pembantu digital.

Kedua-dua fon kepala ini hadir jangka-hayat bateri selama 37 jam dengan satu pengecasan penuh, dan dilengkapi dengan dermaga pengecasan mereka sendiri yang memudahkan pengecasan apabila tidak digunakan.

Jabra Evolve 2 40 ialah Jabra Evolve 2 65 versi berwayar, dan hadir dengan ciri-ciri yang sama pada model tersebut, kecuali sokongan Bluetooth. Kedua-dua model Evolve 2 65 dan Evolve 2 40 ini juga hadir dengan pilihan untuk versi mono ataupun stereo.

Menurut Jabra Malaysia, ketiga-tiga fon telinga ini akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Jun kelak. Berikut adalah harga untuk ketiga-tiga model fon telinga ini:

  • Jabra Evolve 2 85 – RM2599
  • Jabra Evolve 2 65 (Stereo) – RM1799
  • Jabra Evolve 2 65 (Mono) – RM1699
  • Jabra Evolve 2 40 (Stereo) – RM799
  • Jabra Evolve 2 40 (Mono) – RM759

Komen ()