Huawei kini telah mengumumkan penawaran dua tablet baru untuk pasaran tempatan dibawah siri MatePad, iaitu Huawei MatePad dan juga Huawei MatePad T. Kedua-duanya hadir dengan fokus untuk memudahkan pengguna menikmati kandungan, dan akan ditawarkan bermula 16 Mei 2020 ini.
Huawei MatePad merupakan tablet dengan skrin 10.4-inci menggunakan panel paparan 2K, dilengkapi cip Kirin 810, memori 4GB RAM, storan 64GB, dan hadir dengan sokongan rangkaian LTE. Tablet ini turut hadir dengan bateri 7250mAh. Untuk panggilan video, ia turut hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel.
Huawei MatePad T pula tablet bersaiz kompak dengan skrin 8-inci, memori 2GB RAM, storan 32GB, dan menyokong rangkaian LTE, serta menggunakan bateri 5100mAh.
Dengan Perintah Kawalan Pergeraka, ramai yang berada di rumah, dan memerlukan peranti untuk menikmati kandungan, atau mengikuti pembelajaran harian. Kedua-dua tablet ini mungkin melengkapkan keperluan berkenaan.
Di Malaysia, Huawei MatePad akan ditawarkan pada harga RM1399, sementara Huawei MatePad T pula ditawarkan pada harga RM559.