Saintis Menemui Sebab Mengapa Kematian Pesakit Covid-19 Lelaki Lebih Tinggi Berbanding Wanita

Saintis Menemui Sebab Mengapa Kematian Pesakit Covid-19 Lelaki Lebih Tinggi Berbanding Wanita

Diterbitkan pada Mei 12, 2020 oleh .

Antara misteri awal penyakit Covid-19 ialah mengapa lebih ramai pesakit terdiri dari kaum lelaki. Di China misalnya kadar kematian pesakit lelaki adalah 2.4 kali lebih tinggi berbanding wanita. Di New York pula 60% kematian adalah lelaki. Kajian terkini dari Persatuan Kardiologi Eropah mungkin telah menemui jawapan kepada misteri ini.

Covid-19Kajian mereka mendapati darah kaum lelaki mempunyai kepekatan enzim angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2) yang lebih tinggi berbanding wanita. Enzim ACE2 ini digunakan oleh koronavirus untuk menjangkiti sel yang sihat pada tubuh manusia. Oleh sebab itu Persatuan Kardiologi Eropah percaya ACE2 adalah antara penyebab mengapa lebih banyak mangsa Covid-19 adalah lelaki. 

Sungguhpun begitu penyelidik berkata mereka hanya sekadar menyukat kepekatan ACE2 di dalam darah walaupun ia turut boleh ditemui di dalam tisu paru-paru, ginjal. pembuluh darah dan testis. Oleh itu kajian yang lebih lanjut perlu dilakukan bagi mengesahkan lagi penemuan ini.

Sebelum ini di dalam ujian makmal ke atas tikus, tikus jantan juga didapati lebih berisiko tinggi dijangkiti SARS. SAR dan Covid-19 kedua-duanya adalah virus di dalam kategori koronavirus. Kajian telah diterbitkan di dalam European Heart Journal bulan ini.



TIPS & ULASAN