Cari @ Amanz

Instagram kini mengemaskini aplikasi mereka dengan penawaran pelekat baru iaitu “Support Small Business”. Ia adalah satu inisiatif untuk menyokong perniagaan kecil di Instagram, sekaligus bantu mereka menjangkau pelanggan dengan lebih baik.

Melaluinya, peniaga boleh berkongsi mengenai perniagaan mereka secara langsung menerusi pelekat untuk memberi pratonton akaun kepada pengikut. Setiap kandungan yang dikongsi dengan menggunakan pelekat ini akan muncul pada bahagian paparan Stories di bahagian atas skrin di mana pengguna lain akan dapat melihatnya secara langsung.

Di samping itu, pengguna lain juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dengan berhubung secara terus dengan peniaga. Adakah anda seorang peniaga di Instagram? Anda boleh mencuba ciri baru ini sekaligus dapat bantu menjadikan bisnes anda semakin besar dan lebih berkembang maju.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd