Cari @ Amanz

Kualiti udara terutamanya di bandar-besar adalah buruk dengan asap kenderaan antara penyumbang utamanya. Oleh itu apabila memandu kenderaan, anda menghirup udara yang kurang bersih berbanding di rumah. Proton hari ini mengumumkan kesemua model Proton X70 2020 kini dilengkapi sistem pembersih udara PROTON Intelligent Air Purification System (P-IAPS) secara terbina.

P-IAPS menggunakan penapis udara N95 yang menapis 95% partikel bersaiz 0.3 mikron dan 98% partikel debu PM 2.5. Dengan sistem pembersih udara yang pintar ini, sistem pendingin hawa kenderaan dapat dibersihkan dari partikel asap, debu, bakteria dan pelbagai jenis pencemaran sebelum menyejukkan penumpang.

Trend menjual kenderaan dengan sistem penapis kini mula menjadi trend di China. Sudah terdapat beberapa pengeluar yang kini mendakwa sistem penapis mereka mampu menghalang virus seperti Covid-19.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd