Cari @ Amanz

HiSense Akan Melancarkan TV Dengan Skrin 4K 120Hz

Link Copied!

Tahun ini kita melihat skrin peranti dengan kadar segar semula 120Hz. Industri telefon pintar mula mengambil idea dari pengeluar aksesori PC yang telah lama menyokong kadar segar semula yang tinggi. Pada 15 Mei hadapan, HiSense akan melancarkan pula televisyen pintar yang dilengkapi skrin 55″ 4K 120Hz.

TV HiSense E75F direka khusus untuk penggemar permainan video. Ia juga mempunyai rekaan nirbingkai selari dengan trend rekaan televisyen pintar di pasaran tahun ini. Selain itu televisyen turut menyokong kadar segar semula boleh ubah, teknologi penstabilan pergerakan MEMC dan kawalan menggunakan suara.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi memori 3GB RAM, storan 64Gb dan sistem audio DTX Virtual-X. Di China HiSense E75 akan dijual pada harga RMB4499 (~RM2750) sebuah.

Sumber Tech Sina menerusi Gizmochina


Komen ()