Carian
ASUS ROG Zephyrus G15 Dikuasakan CPU AMD Ryzen 4000 Dilancarkan – Berharga RM5299
May 12, 2020 Nazrin

ASUS Malaysia mengumumkan hari ini bahawa komputer riba gaming terbaru mereka, iaitu ASUS ROG Zephyrus G15 kini sudah tiba di pasaran tempatan dan boleh dibeli di kedai komputer fizikal dan juga atas talian.

ASUS ROG Zephyrus G15 hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz dengan sokongan untuk teknologi paparan FreeSync.

Ia dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 7 4800HS dan memori DDR4 sebanyak 16GB bersama-sama dengan storan SSD NVMe sebesar 1TB. Dari segi GPU, model yang dijual di pasaran tempatan hadir dengan cip grafik NVIDIA GeForce GTX 1660Ti Max-Q.

Selain dari itu, Zephyrus G15 ini mempunyai sokongan untuk pengecasan Power Delivery melalui palam USB Type-C dan juga WiFi 6 yang menjanjikan sambungan internet yang pantas dan juga lengah masa yang dikurangkan.

Rangka Zephyrus G15 ini diperbuat daripada logam aluminium yang teguh, tetapi sangat nipis, dan mempunyai berat kurang daripada 2.1KG.

Komputer riba ASUS ROG Zephyrus G15 ini sudahpun tiba di pasaran tempatan, dan boleh dibeli pada harga RM5299.

Komen