Carian
Adobe MAX Akan Diadakan Secara Digital Pada Tahun Ini – Percuma Untuk Semua
May 12, 2020 Aman

Disebabkan penularan wabak Covid-19, kita telah sedia melihat sejumlah acara mula dialihkan daripada diadakan secara fizikal, kepada acara secara maya atau digital. Terbaru, pihak Adobe turut mengumumkan perkara sama.

Adobe Max

Acara Adobe Max yang sering berkongsi berkaitan kemaskini terbaru berkaitan dengan perisian kreaitiviti mereka, selain berkongsi tips dan info terbaru berkaitan Adobe.

Untuk tahun ini, Adobe Max akan diadakan secara digital, dan menariknya, ia ditawarkan secara percuma kepada semua untuk menyertainya.

Adobe dijangka akan membuka pendaftaran untuk Adobe Max ini tidak lama lagi. Acara ini akan diadakan pada 19 Oktober sehingga 21 Oktober kelak.

Komen