Bersama-sama pengumuman komputer riba baru dan juga tablet baru, pengeluar dari China yang terkenal diseantero dunia, iaitu Huawei kini telah pun membawa masuk satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Y5p.
Huawei Y5p dikategorikan dibawah kategori telefon pintar berspesifikasi asas-pertengahan. Ia menawarkan skrin bersaiz 5.45-inci, dijana cip MediaTek MT6762R, memori 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia turut menyokong penggunaan mikro-SD.
Untuk rakaman gambar,Huawei Y5p menggunakan kamera hadapan 5-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel. Telefon pintar ini menggunakan bateri berkapasiti 3020mAh.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah sistem operasi EMUI 10.1 berasaskan Android 10. Seperti telefon pintar terbaru Huawei, ia turut hadir dengan Huawei AppGallery sebagai alternatif Google Play.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM359.