StoDistante Adalah Sistem Grid Lantai Untuk Penjagaan Jarak Sosial

StoDistante Adalah Sistem Grid Lantai Untuk Penjagaan Jarak Sosial

Diterbitkan pada Mei 13, 2020 oleh .

Pandemik Covid-19 adalah satu isu yang amat serius yang terkesan kepada satu dunia. Pelbagai perniagaan terpaksa di tutup, ramai yang hilang pekerjaan, pelbagai operasi tergendala dan sudah tentu turut ramai yang mati akibat virus ini. Salah satu langkah penjagaan selain daripada memakai topeng muka dan pensanitasi tangan, penjagaan jarak sosial haruslah dilakukan. Jarak antara setiap individu haruslah 6 kaki atau sekitar 1.8m. Ini adalah bagi mengelak daripada sentuhan atau juga terkena percikan air liur dari batuk atau selesema.

Di Piazza Giotto Vicchio, Italy – StoDistante telah dipasang pada lantai sebagai salah satu langkah penjagaan jarak sosial. Ia adalah cat kalis air yang boleh ditanggalkan berbentuk segi empat dan mempunyai jarak antara satu sama lain 1.8m. StoDistante ini adalah salah satu persediaan bagi melatih penduduk di sana untuk menjaga jarak antara satu sama lain, sebaik sahaja pandemik Covid-19 ini sudah tamat. Matteo Chelazzi, Federico Cheloni dan Giulio Margheri dari Caret Studio adalah mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini. Menurut mereka, StoDistante adalah idea sementara untuk satu infrastruktur kehidupan sosial baharu – yang mana apabila berada di tempat awam haruslah menjaga jarak antara satu sama lain.

Mereka menggunakan konsep rekaan cerun, yang mana segi empat tersebut bermula dari saiz kecil dan semakin membesar apabila ia mencapai pada kawasan tengah-tengah plaza tersebut. Buat masa ini, Itali masih berada dalam perintah berkurung sehingga 18 Mei kelak. Tetapi StoDistante ini mereka menyasarkan boleh digunakan akan datang untuk aktiviti seperti majlis keramaian, gim, atau lain-lain.



TIPS & ULASAN