Cari @ Amanz

Trend basikal elektrik dilihat semakin menjadi-jadi dan berkembang pesat. Banyak jenama telah hadir dengan basikal ini dan ada juga syarikat perkongsian basikal mula menggunakan basikal elektrik berbanding basikal biasa. Basikal hadir dengan pelbagai jenis dan variasi, baik dari yang murah, premium, memfokuskan sukan sehinggalah yang boleh dilipat untuk di bawa ke mana-mana sahaja.

Terkini sebuah basikal elektrik yang boleh dilipat lain daripada yang lain telah diperlihatkan oleh University of Tokyo. Ia diberi nama Poimo, iaitu pendek untuk POrtable and Inflatable MObility. Basikal ini boleh dikembungkan dengan menggunakan pam udara dan dikempiskan jika ingin disimpan. Menariknya, ia kecil dan padat sehingga boleh disimpan dalam beg galas pengguna sahaja. Poimo dibina dari bahan thermoplastik poliuretana, dan boleh bahan ini tidak terhad untuk penggunaan basikal sahaja.

Poimo hanya menggunakan  40 or 50 kPa udara dan masa adalah sekitar seminit lebih sahaja. Selesai dikembungkan, pengguna harus memasang komponen-komponen utama seperti tayar, pemegang, motor dan juga bateri. Berat keseluruhan produk ini adalah sekitar 2.3kg sahaja dan mungkin boleh menjadi ringan di masa akan datang. Oh ya, pemegangnya tadi turut berfungsi sebagai alat kawalan untuk mengawal. Secara tidak langsung, Poimo telah menjadi salah satu basikal elektrik yang benar-benar selamat mengurangkan risiko kecederaan atau masalah kesihatan.

Wakil daripada salah seorang yang mencipta basikal ini berkongsi, yang kelak lebih ramai akan menggunakan basikal elektrik ini. Poimo sudah pun diuji di Jepun dan menerima respon yang positif. Jika fasa prototaip ini telah tamat. Poimo akan menjadi lebih murah, lebih modular, lebih mudah dibawa ke mana sahaja dan penggunaannya lebih meluas.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd