Cari @ Amanz

Acer Spin 3 Yang Dikuasakan CPU Intel Generasi Kesepuluh Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM2799

Oleh Nazrin

Link Copied!

Acer Spin 3 diperkenalkan pada awal tahun ini, iaitu sebuah komputer riba yang boleh dilipat menjadi tablet. Komputer riba tersebut akhirnya tiba untuk pasaran tempatan dengan dua pilihan model yang dikuasakan oleh CPU Intel generasi kesepuluh Ice Lake.

Komputer riba ini ditampilkan dengan rekaan yang lebih nipis iaitu 16.8mm dan mempunyai berat hanya 1.5kg dengan engsel yang boleh dilipat sehingga 360 darjah. Dari segi paparannya, ia hadir dengan rekaan paparan sentuh Full HD 14 inci, dengan bezel nipis 7.82mm dengan penawaran nisbah 78% paparan ke badan.

Komputer riba ini dilengkapi dengan teknologi Wacom AES dengan 4096 tahap tekanan. Ia juga didatangkan dengan SSD PCIe sebesar 512GB dan Acer Active Stylus. Komputer riba ini ditawarkan dengan dua variasi, dimana ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i3-1005G1 ataupun Intel Core i5-1035G1.

Acer Spin 3 ini sepatutnya tiba di pasaran pada bulan Mac yang lepas, tetapi tertunda akibat wabak COVID-19 yang merebak dengan teruk pada bulan tersebut.

Harga Acer Spin 3 ini juga telah dikemaskini, dimana model Intel Core i3 dijual pada harga RM2799, manakala model Intel Core i5 pada harga RM3299. Komputer riba ini boleh dibeli di kedai atas-talian Acer Malaysia, ataupun kedai-kedai pengedar rasmi di Shopee.


Komen ()