Cari @ Amanz

Twitter Kini Memaparkan Ciapan Semula Dengan Komen Secara Setempat

Link Copied!

Twitter ialah platform media sosial mikro yang mudah digunakan kerana jumlah aksara yang dihadkan. Tetapi jika ada satu masalah platform ini ialah kesukaran melihat ciapan yang dipautkan pada komen pengguna lain terutamanya di dalam aplikasi mudah alih. Bermula hari ini, aplikasi Twitter untuk iOS mula menyokong ciri melihat ciapan semula dengan komen (retweet with comment) secara setempat.

Apabila anda melihat suatu ciapan yang tular, tekan ciapan tersebut pada skrin. Kemudian tekan pula pada nombor jumlah ciapan yang diterima. Sebuah skrin baharu akan dipaparkan dengan pilihan melihat ciapan semula dengan komen atau sekadar mahu membaca komen yang ditinggalkan di bawah ciapan tersebut. Untuk menggunakan ciri ini anda hanya perlu membuka semula aplikasi Twitter pada peranti iOS anda. Pada peranti Android seperti biasa ia akan diberikan di masa hadapan.


Komen ()