Pada tahun 1998 Nintendo telah memperkenalkan Game Boy Color. Ia adalah sebuah Game Boy yang biasa, tetapi skrinnya mampu memaparkan warna, secara tidak langsung menjadikan pengalaman bermain adalah lebih menarik. Game Boy Color ini turut mempunyai sensor infra merah terbina, untuk pengguna berhubung dengan pengguna lain bagi memainkan permainan multi-pemain yang menyokong penggunaan sensor ini.
Excited to be able to control my air-conditioner with a GameBoy Color, using my own ROM!
(How I built it: https://t.co/K1Rzhx0qbn ) pic.twitter.com/wQGq3iMHQC
— JinGen Lim (@jg_lim) April 27, 2020
Terkini, percaya atau tidak selepas 22 tahun masih ada yang menggunakan Game Boy Color ini walaupun Nintendo telah melancarkan konsol mudah alih lain seperti Nintendo Switch. Mengejutkan, Game Boy Color ini bukan digunakan untuk bermain permainan. Sebaliknya telah diubahsuai untuk dijadikan alat kawalan jauj penyaman udara. Kawalan adalah dengan menggunakan butang pada konsol tersebut. Perkara ini dijayakan oleh JinGen Lim, iaitu seorang individu dari Singapura.
Projek ini dijayakan dengan menyambungkan wayar alat kawalan jauh sebenar kepada unit konsol tadi untuk menentukan isyarat yang digunakan. Kemudian beliau menggunakan kartrij Pokémon Red cetak rompak kerana ia mudah untuk diubahsuai. Dengan beberapa perubahan, isyarat infra merah berjaya dihantar ke penyaman udara dengan menekan butang-butang D-pad.
Bagi yang masih memiliki Game Boy Color ini, anda turut boleh mencuba sendiri mengikut pautan yang diberikan beliau untuk mengubah konsol mudah alih ini menjadi alat kawalan jauh sebuah penyaman udara.