Pada 25 Mei hadapan Realme akan mengadakan acara khas untuk melancarkan lapan produk baharu. Sebelum ini terdapat ura-ura antara yang akan dilancarkan ialah telefon pintar, jam tangan pintar dan akhir sekali televisyen pintar. Tetapi hari ini imej sebuah peranti baharu telah dikongsi sendiri oleh ketua pegawai pemasaran Realme Xu Qi dan ia adalah sebuah telefon pintar untuk permua.
Sekilas pandang ia mempunyai rekaan yang sama seperti sebuah Realme X50 Pro dengan panel kaca pada bahagian belakang. Tiada petanda ia mempunyai sistem penyejukan khas atau butang baharu fizikal seperti telefon untuk permua lain di pasaran. Berdasarkan beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini, peranti ini mungkin akan menggunakan nama X50 Pro Gaming Edition dan dijana cip Snapdragon 865.