Carian
Instagram Memperkenalkan Ciri Memadam Komen Secara Pukal Dan Menghalang Diri Ditanda
May 13, 2020 Effi Saharudin

Instagram hari ini memperkenalkan dua ciri baharu yang akan membuatkan penggunaan laman media sosial ini menjadi lebih aman. Pertama ia akhirnya memperkenalkan fungsi memadam komen yang ditinggalkan secara pukal. Sebelum ini komen yang mungkin kurang disenangi perlu dipadam satu persatu sehingga memakan masa yang lama.

Selain memadam sehingga 25 komen secara serentak, pengguna turut mengambil pilihan menghalang akaun yang meninggalkan komen ini secara serentak juga.

Ciri kedua yang diperkenalkan ialah memberikan pengguna mengawal siapakah yang boleh menanda (tangging) mereka di dalam ruangan komen, Stories dan gambar. Pilihan yang diberikan ialah semua orang, akaun yang diikuti dan menghalang terus diri dari ditanda.

Akhir sekali Instagram juga memberikan pilihan menyematkan komen pilihan ke bahagian atas ruangan komen. Komen yang dirasakan relevan akan dapat diletakkan ke posisi yang lebih ketara dan tidak hilang di dalam ratusan komen lain yang ditinggalkan. Dengan ketiga-tiga ciri ini Instagram berharap masalah pembulian atas talian ke atas pengguna dapat dikurangkan,

Komen