Cari @ Amanz

Kegagalan Pixel 4 Dilaporkan Menyebabkan Ketua Kejuruteraan Kamera Pixel Meninggalkan Google

Link Copied!

Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL adalah antara peranti paling mengecewakan tahun lalu kerana fungsi yang dikunci mengikut lokasi,  masih menggunakan dwi-kamera dan ketahanan bateri tidak setanding peranti mercu yang lain. Jualan peranti ini dilaporkan lebih rendah berbanding Pixel 3. Kini menurut laporan The Information, ia mengakibatkan individu penting pasukan Pixel meninggalkan Google.

Profesor Marc Levoy yang memegang jawatan ketua kejuruteraan Pixel telah meninggalkan syarikat pada Mac yang lalu. Beliau adalah individu yang melakukan pembentangan kemampuan kamera Pixel 4 pada majlis pelancarannya Oktober tahun lalu.

Di dalam laporan yang sama, Rich Osterloh yang mengetuai bahagian perkakasan Google dipercayai telah mengkritik Pixel 4 sebelum majlis pelancaran. Beliau tidak bersetuju dengan pilihan mengenai perkakasan yang diambil serta ketahanan bateri.


Komen ()