Intel Dilaporkan Menyimpan CPU Ice Lake Terbaik Mereka Untuk Peranti Apple

Intel Dilaporkan Menyimpan CPU Ice Lake Terbaik Mereka Untuk Peranti Apple

Diterbitkan pada Mei 14, 2020 oleh .

Siri komputer riba MacBook Pro terbaru keluaran Apple menggunakan siri CPU Intel Ice Lake yang dinamakan Intel Core i7-1068NG7 dan Intel Core i5-1038NG7.

Menurut laporan Tom’s Hardware, CPU Core i7 tersebut merupakan CPU Intel Core i7-1068G7 yang dijenamakan semula, dan digunakan secara eksklusif oleh peranti MacBook Pro keluaran Apple.

Mereka mengatakan ini kerana CPU Core i7-1068G7 tersebut telah dibuang dan digantikan dengan nama CPU Intel Core i7-1068NG7 tersebut.

Apa yang menarik mengenai ini ialah CPU Intel Core i7-1068G7 ini dikatakan CPU yang paling berkuasa dan cekap didalam siri CPU Intel generasi kesepuluh Ice Lake.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi mengapakah model CPU tersebut digunakan secara eksklusif oleh Apple, tetapi memandangkan ia satu-satunya model CPU Ice Lake dengan TDP 28W, dimana model-model lain menggunakan kuasa sebanyak 15W ataupun 25W sahaja, Apple mungkin hanya mahukan CPU terbaik untuk komputer-komputer riba mereka.

Penggunaan CPU Intel ini juga tidak bermakna bahawa mereka akan menghentikan pembangunan CPU ARM mereka sendiri untuk peranti MacBook akan datang.



Paling Popular