MIUI 12 Versi Global Akan Dilancarkan Pada 19 Mei

MIUI 12 Versi Global Akan Dilancarkan Pada 19 Mei

Diterbitkan pada Mei 14, 2020 oleh .

MIUI 12 telah diumumkan secara rasmi oleh Xioami pada 27 April yang lalu semasa pelancaran Mi 10 Lite 5G versi China. Usai pelancaran ramai mula menantikan bilakah pelancar berasaskan Android 10 ini akan diumumkan untuk peranti global dan jawapannya ialah pada 19 Mei hadapan.

Pada majlis pelancaran ini kelak lebih banyak maklumat akan dikongsi mengenai MIUI 12 versi global. Antara yang ingin kami ketahui sama ada fungsi pembantu maya menjawab telefon bagi pihak pengguna pada ROM China akan diubah suai untuk menyokong Google Assistant pada ROM global.

MIUI 12 membawakan beberapa perubahan yang menarik seperti antaramuka yang semakin minimalis, animasi yang lebih lancar ketika membuka/menutup aplikasi, mod malam yang diperhalusi dan kawalan gestur yang lebih menyerupai Android asal. Bagi peminat peranti Xiaomi sila nantikan pengumuman MIUI Global pada 19 Mei ini.



Paling Popular