Cari @ Amanz

Perkembangan teknologi kini membuatkan ramai pengguna yang telah beralih ke sistem 64-bit, sekaligus menawarkan prestasi perkomputeran lebih efisien berbanding 32-bit. Terbaru, melalui kemaskini terbaru yang diumumkan, Microsoft mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan menawarkan versi Windows 10 32-bit kepada pengeluar komputer (OEM) bermula versi Windows 10 2004.

Semua sistem baru akan diminta menggunakan Windows 10 64-bit, sekaligus memperlihatkan langkah awal pihak Microsoft dalam memfokuskan sepenuhnya kepada sistem berasaskan 64-bit.

Microsoft turut menekankan yang mana mereka komited dalam menawarkan ciri dan kemaskini semasa kepada pengguna sistem 32-bit untuk Windows 10. Hanya penawaran kepada OEM sahaja dihentikan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd