WeChat Kini Mempunyai Lebih 1.2 Bilion Pengguna Aktif Bulanan Seluruh Dunia

WeChat Kini Mempunyai Lebih 1.2 Bilion Pengguna Aktif Bulanan Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Mei 14, 2020 oleh .

WeChat merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang ditawarkan untuk peranti mudah-alih. Ia dibangunkan oleh Tencent, dan mempunyai integrasi sejumlah ciri-ciri menarik melaluinya.

Terbaru, ketika pengumuman penyata kewangan untuk suku tahun yang lepas, Tencent mengatakan WeChat kini mempunyai lebih 1.2 bilion pengguna aktif setiap bulan.

WeChat juga dikatakan kini mempunyai pengguna aplikasi mini pada perkhidmatan berkenaan yang meningkat dari hari ke hari, dan digunakan lebih 400 juta pengguna seluruh dunia.

Di Malaysia sendiri, penggunaan WeChat adalah agak aktif, selain turut digunakan oleh sejumlah peniaga yang menerima bayaran daripada WeChat untuk transaksi nirtunai.

Sebagai perbandingan, pesaing WeChat, iaitu Facebook mempunyai lebih 2.6 bilion pengguna aktif setiap bulan.



TIPS & ULASAN