Saban hari, MediaTek dilihat semakin pantas bersaing dalam industri cip peranti pintar di dunia. Baru sahaja muncul dengan Dimensity 1000+, MediaTek kini dalam perancangan untuk memperkenalkan satu lagi pemproses baru dengan sokongan rangkaian 5G tidak lama lagi.
Memetik poster acah yang hadir ke arena web, pelancaran tersebut dijadualkan berlangsung di China pada 18 Mei kelak. Buat masa ini, maklumat mengenai nama dan perincian penuh cip pemprosesan berkenaan masih belum diketahui. Terdapat spekulasi mengatakan ia mungkin akan dilancarkan sebagai MediaTek Dimensity 800 Plus.
Namun, perkhabaran ini masih tidak dapat dipastikan lagi dengan tepat. Untuk ketahui lanjut, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak. Pada pendapat anda, apa agaknya penawaran yang bakal dibawakan oleh MediaTek melalui cip pemproses kali ini?