Oppo Malaysia hari ini telah mengumumkan mereka telah membuka kedai fizikal mereka yang dipanggil “Oppo Brand Stores” di sejumlah lokasi terpilih. Sebelum ini, kedai fizikal ini telah ditutup disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020 yang lepas.
Selain kedai fizikal ini, Oppo juga telah mengumumkan yang mana Oppo Service Center telah mula beroperasi secara berperingkat, sekaligus membolehkan pengguna Oppo yang ingin membaik-pulih peranti hadir ke pusat khidmat Oppo.
Oppo turut menekankan mereka akan mengambil langkah proaktif seperti menyemak suhu pekerja dan pengunjung, membuat disinfeksi sekurangnya dua kali sehari, dan menyediakan pensanitasi tangan.