Realme agak aktif dalam pengenalan sejumlah peranti pada tahun 2020 ini. Mereka sedia menjadualkan pelancaran sejumlah peranti baru pada bulan ini. Selari dengannya juga, kini video acah untuk jam tangan pintar mereka diperlihatkan.
Dijangka dinamakan sebagai Realme Watch, ia mungkin menawarkan rekaan seumpama jam tangan pintar Apple atau Oppo sebelum ini. Buat masa ini, spesifikasi penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi.
Jikalau mengikut penawaran Oppo Watch, ia hadir dengan skrin 1.91-inci dan dilengkapi Snapdragon Wear 2500. Mungkinkah kita melihat penawaran lebih kurang sama, atau Realme akan hadir dengan penawaran serba baru kelak?