Realme masih lagi belum berusia dua tahun jagung tetapi jenama ini sudah semakin dikenali khususnya di Malaysia kerana penawaran harga yang agak menarik. Sempena menyambut ulang tahunnya yang kedua, Realme mengesahkan setakat ini mereka telah mempunyai 35 juta pengguna global setakat ini.
Angka jualan ini adalah tinggi apabila dibandingkan dengan Sony yang tidak mampu menghasilkan 4 juta peranti Xperia sepanjang 2019 walaupun mereka adalah sebuah syarikat ternama. Di awal kemunculannya Realme dipasarkan sebagai pengeluar peranti kelas pertengahan untuk golongan muda.
Tahun ini mereka sudah mula menawarkan peranti mercu dengan Snapdragon 865. Pada 25 Mei kelak mereka akan mengembangkan portfolio dengan penawaran jam tangan pintar, televisyen dan peranti untuk permua pula.