Samsung telah pun sedia menawarkan Galaxy Fold untuk pasaran Malaysia, dimana ia hadir dengan tanda harga yang agak tinggi, iaitu bermula RM8388. Namun, menariknya kini, sekiranya desas-desus baru yang hadir adalah benar, maka kelak kita akan dapat membeli Galaxy Fold pada harga sedikit rendah.
Mengikut beberapa desas-desus baru, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy Fold Special Edition tidak lama lagi, dan dijangka dipasarkan sekitar Julai kelak.
Versi telefon dengan skrin boleh-lipat ini dijangka menggunakan cip Snapdragon 865, selain mungkin tidak menggunakan panel UTG (Ultra-Thin Glass).
Info penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Kita mungkin dengar lanjut mengenai penawaran telefon pintar boleh-lipat baru daripada Samsung ini tidak lama lagi.