Sensor keluaran Sony menjadi pilihan pengeluar peranti kerana memberikan prestasi fotografi yang terbaik. Mereka kini menghasilkan pula sensor dengan pertama di dunia dengan fungsi memproses kecerdasan pintar terbina bagi penggunaan pengkomputeran pinggir.
Sensor IMX500 dan IMX501 kedua-duanya sebesar 12.3 Megapixel. Cip kecerdasan buatan terbina pada cip logik sensor-sensor ini boleh melakukan proses pengenalan imej terus dari dalam peranti. Sebelum ini imej yang dirakam perlu dimuat naik terlebih dahulu ke storan awanan sebelum diproses di pelayar mewujudkan masa pendam sebelum ia dihantar semula ke kamera.
Ini turut menimbulkan kerisauan imej yang dihantar disimpan tanpa kebenaran di storan awanan atau dipintas ketika dalam perjalanan. Cip yang mempunyai kemampuan memproses kecerdasan buatan secara terbina bukan sahaja tidak mempunyai masalah imej dipintas tetapi turut membolehkan imej diproses tanpa memerlukan capaian Internet,
Antara kegunaan sensor ini pada kamera litar pintar pintas untuk menganalisa tabiat pembelian pengunjung kedai atau memantau kesesakan akibat jumlah pengguna di pusat membeli belah.