Facebook Kini Menawarkan Messenger Rooms – Panggilan Video Sehingga 50 Orang

Facebook Kini Menawarkan Messenger Rooms – Panggilan Video Sehingga 50 Orang

Diterbitkan pada Mei 15, 2020 oleh .

Facebook sebelum ini telah pun mengumumkan bakal menawarkan perkhidmatan panggilan video telesidang melalui Messenger, dinamakan sebagai Messenger Rooms. Lanjutan daripada pengumuman, kini Messenger Rooms telah mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.

Messenger Rooms membolehkan pengguna melakukan panggilan video dengan mudah. Pada sesuatu masa, sehingga 50 orang boleh menyertainya. Tiada had masa yang ditetapkan, selain ia ditawarkan secara percuma.

Messenger Rooms

Messenger Rooms

Pengguna yang memulakan Messenger Rooms perlu mempunyai akaun Facebook. Sebaik sahaja suatu bilik dicipta dan panggilan dimulakan, anda akan diberikan suatu pautan khas untuk menjemput kawan-kawan lain. Mereka boleh menyertai panggilan video berkenaan walaupun tidak mempunyai akaun Facebook.

Ciri ini masih diperkenalkan secara berperingkat, dan anda akan dapat melihatnya pada akaun anda dalam masa terdekat ini. Untuk memulakannya anda, hanya perlu memulakan panggilan video melalui Messenger, dan kemudian menjemput rakan-rakan anda menyertainya.

Layari : Messenger



TIPS & ULASAN