Strategy Analytics : Samsung Galaxy A51 Adalah Telefon Android Paling Popular Pada Suku Pertama 2020

Strategy Analytics : Samsung Galaxy A51 Adalah Telefon Android Paling Popular Pada Suku Pertama 2020

Diterbitkan pada Mei 15, 2020 oleh .

Strategy Analytics, salah satu badan yang melakukan kajian berkenaan pergerakan pasaran, kini telah mengeluarkan laporan terbaru berkenaan jualan telefon pintar pada peringkat global, sekaligus memperlihatkan telefon pintar Android yang popular diperingkat global.

Daripada data yang dikeluarkan, ia memperlihatkan carta telefon Android popular untuk suku pertama 2020 diterajui oleh telefon pintar berspesifikasi pertengahan. Hanya satu model sahaja daripada versi peranti mercu, iaitu Samsung Galaxy S20+ pada kedudukan ketiga.

Strategy Analytics Q1 2020

Berikut merupakan telefon pintar berdasarkan kedudukan pegangan pasaran pada suku pertama 2020 menurut Strategy Analytics:
1. Samsung Galaxy A51
2. Xiaomi Redmi 8
3. Samsung Galaxy S20+
4. Samsung Galaxy A10s
5. Xiaomi Redmi Note 8
6. Samsung Galaxy A20s

Data berkenaan juga memperlihatkan enam telefon pintar popular pada suku pertama 2020 dipegang oleh hanya dua pengeluar, iaitu Samsung dan Xiaomi.

Jikalau dibandingkan dengan data daripada Canalys sebelum ini, ia dilihat sedikit selari – memperlihatkan beberapa peranti dengan kedudukan sama, sekaligus memperlihatkan trend populariti telefon berspesifikasi pertengahan.. Sebelum ini, Canalys menyatukan Redmi Note 8 dan Redmi Note 8T pada kedudukan sama, sekaligus meletakkannya pada kedudukan pertama.

Trend baru ini juga memperlihatkan pengguna kini lebih selesa dengan telefon pintar berspesifikasi pertengahan, dan melihat kepada harga penawaran yang lebih mampu dalam mendapatkan telefon pintar mereka.


Bagi anda sendiri, apa pendapat anda berkenaan laporan baru ini?



TIPS & ULASAN