Cari @ Amanz

Huami sememangnya terkenal dengan peranti boleh pakai di bawah jenama Amazfit. Siri ini hadir dengan pelbagai rekaan menarik bersama harga terbaik. Terkini, Huami dikatakan bakal muncul dengan model terbaru lagi dinamakan Amazfit Ares dan mereka telah mula mengacah mengenai rekaannya menerusi sebuah poster di laman Weibo.

Memetik poster dikongsi, Huami turut berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk Amazfit Ares yang dijadualkan berlangsung pada 19 Mei ini. Bercakap soal reka bentuk, model kali ini kelihatan tampil lebih ranggi dengan rekaan berbentuk oktagon. Selain itu, ia kelihatan dipadankan dengan persediaan tali jam yang tidak boleh diganti.

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan beberapa ciri menarik termasuk kemampuan penjejakan dengan 70 mod sukan yang berbeza. Amazfit Ares juga dipercayai mempunyai paparan berukuran 1.28-inci (206 x 640 piksel), ketahanan air 5ATM, GPS + GLONASS dan Bluetooth 4.2 BLE. Untuk ketahui lebih lanjut, nantikan kemunculan rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd