Carian
Chrome Akan Mula Menghalang Iklan Yang Membebankan Komputer Bermula Ogos
May 15, 2020 Effi Saharudin

Iklan adalah “kejatahan” yang perlu bagi membolehkan laman web seperti kami terus beroperasi secara percuma. Seperti pengguna web, kami sendiri faham iklan yang terlalu banyak boleh membuatkan pembaca tawar hati untuk melayari laman. Dalam situasi tertentu lambakan iklan boleh mengakibatkan komputer menjadi perlahan kerana mengambil sumber yang banyak.

Bermula Ogos ini, Chrome akan mula menghalang iklan yang didapati membebankan komputer dengan mengakibatkan peningkatan penggunaan bateri, membebankan rangkaian Internet dan menyebabkan pembayaran wang. Chrome akan menghalang sebarang iklan yang menggunakan 4MB data, mengambil 15 saat penggunaan CPU dalam tempoh 30 saat dan mengambil 60 saat penggunaan CPU pada komputer.

Iklan yang dihalang akan memaparkan kotak kelabu dengan teks Ad Removed dengan sebab mengapa ia dihalang.Dengan langkah baharu ini hanya iklan yang tidak akan membebankan boleh dipaparkan di dalam pelayar Chrome.

Komen