Kita sudah semakin hampir mencecah penghujung Mei dan wabak Covid-19 telah menyerang dunia hampir separuh tahun. Di Malaysia sahaja telah terdapat 112 kes kematian dan 6819 kes positif wabak yang kali pertama dikesan di China sekitar November 2019. Hari ini WHO mengumumkan kematian akibat Covid-19 telah melebihi 300,000 kes.
Sementara itu kes positif pula telah melangkaui 4,5 juta individu di seluruh dunia. Dengan kata lain lebih banyak kes kematian akibat Covid-19 berbanding jumlah penduduk negeri Perlis Indera Kayangan dan lebih banyak kes positif berbanding gabungan penduduk Perak serta Pulau Pinang.
Amerika Syarikat pada waktu ini ialah negara dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi di dunia. Walaupun wabak masih belum berakhir, kerajaan telah mula melonggarkan larangan pergerakan di Malaysia seperti melalukan solat Jumaat bermula hari ini. Proses meleperkan keluk perlu diteruskan. Sekiranya boleh dielakkan, silalah duduk di rumah.