Anda Kini Boleh Melakukan Ucapan Aidilfitri Realiti Terimbuh Menggunakan Snapchat

Anda Kini Boleh Melakukan Ucapan Aidilfitri Realiti Terimbuh Menggunakan Snapchat

Diterbitkan pada Mei 15, 2020 oleh .

Sedar tak sedar, Syawal bakal menjelang tidak lama lagi. Sambutan kali ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Tetapi, itu tidak bermakna orang ramai tidak boleh meraikannya dengan gembira.

Meskipun tidak boleh bersemuka, namun kecanggihan arus teknologi masa kini menawarkan pelbagai aplikasi interaktif untuk orang ramai kekal berhubung sewaktu penjarakan sosial ini. Bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri, Snapchat kini hadir dengan beberapa ciri baru yang menarik.

Antaranya, ciri yang membolehkan pengguna menggunakan lensa AR dan Bitmoji untuk berkongsi ucapan kreatif buat rakan dan keluarga tersayang. Ciri seterusnya dinamakan ‘Guess The Sentence’ yang membolehkan pengguna mencabar diri dan rakan-rakan untuk meneka jawapan dengan tepat. Untuk menikmati ciri ini, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi terlebih dahulu. Kemudian, imbas kod QR pada pautan ini.



TIPS & ULASAN