Cari @ Amanz

Nampaknya Sony Malaysia masih tidak melupakan peminat peranti mudah-alih dibawah keluarga Xperia di Malaysia. Terbaru, Sony telah pun mengumumkan mereka akan menawarkan Xperia 10 II di Malaysia bermula bulan Jun 2020 ini.

Sony Xperia 10 II hadir dengan skrin 6-inci OLED, dijana cip Snapdragon 665, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut hadir dengan bateri sebesar 3600mAh.

Untuk rakaman gambar, Xperia 10 II hadir dengan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 8MP + 7MP, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Sony turut melengkapkan telefon pintar ini dengan sokongan kalis air IP68, selain menyertakan bicu audio 3.5mm, dan ketahanan kaca lebih baik melalui Gorilla Glass 6.

Sony akan menawarkan telefon pintar ini pada harga RM1799 di Malaysia. Bagi anda, adakah telefon pintar ini berbaloi untuk dimiliki?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd