Spotify Web Kini Boleh Diakses Semula Menggunakan Safari

Spotify Web Kini Boleh Diakses Semula Menggunakan Safari

Diterbitkan pada Mei 16, 2020 oleh .

Di pejabat antara cara paling mudah untuk menghilangkan kebosanan ialah dengan menstrim muzik menggunakan Spotify. Walaupun terdapat aplikasi desktop, ramai yang memilih menggunakan pemain versi pelayar web kerana ia lebih pantas. Sekiranya anda pengguna Safari, Spotify versi web kini akhirnya boleh digunakan pada pelayar web kegemaran.

Sokongan Spotify web pada Safari ditarik pada tahun 2017 tanpa sebab diberikan. Terdapat spekulasi ia adalah kerana penggunaan pemalam DRM Widwvine yang diperlukan untuk Spotify berfungsi dan ia tidak disokong oleh Safari. Selain Safari, Spotify web turut disokong pada pelayar Chrome, Opera, Firefox dan Edge.



TIPS & ULASAN