Ubisoft merupakan salah satu penerbit permainan popular yang mempunyai sejumlah siri popular dibawah mereka. Salah satunya adalah siri Tom Clancy. Terbaru, Ubisoft memfailkan saman terhadap Apple dan Google, kerana membenarkan jualan permainan klon Tom Clancy’s Rainbow Six : Siege”.
Permainan klon berkenaan adalah Area F2 yang dterbitkan oleh salah satu anak syarikat Alibaba. Permainan Area F2 ini dikatakan menawarkan bentuk dan ciri permainan yang lebih kurang menyerupai hampir sepenuhnya seperti Rainbow Six : Siege.
Ubisoft dipetik mengatakan telah memaklumkan pihak Apple dan Google terhadap pelanggaran hak cipta untuk permainan yang ditawarkan melalui kedai aplikasi berkenaan. Namun, tiada tindakan lanjut diambil, membuatkan Ubisoft memfailkan saman.
Agak menarik untuk melihat Ubisoft memfailkan saman terhadap penyedia kedai aplikasi. Hal ini berkemungkinan ia agak sukar untuk memfailkan syarikat penerbit di China, dan lebih mudah untuk mengelak permainan berkenaan ditawarkan melalui kedai aplikasi Apple dan Google.