Cari @ Amanz

Samsung Galaxy A21s Diperkenalkan – Kamera 48MP, Bateri 5000mAh

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung kini telah pun memperkenalkan satu lagi telefon pintar baru dibawah siri A, iaitu Samsung Galaxy A21s. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi asas-pertengahan.

Samsung Galaxy A21s

Samsung Galaxy A21s menyertakan skrin bersaiz 6.5-inci HD+ pada resolusi 720p,. dilengkapi cip pemprosesan lapan-teras, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia turut menyertakan bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 15W.

Untuk rakaman gambar, Samsung Galaxy A21s hadir dengan empat-kamera belakang dengan sensor utama 48MP, dilengkapi sensor 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Untuk rakaman swafoto, kamera 13MP disertakan pada bahagian lubang skrin hadapan.

Telefon pintar ini turut menyertakan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Samsung Galaxy A21s

Buat masa ini, Samsung Malaysia masih belum mengumumkan penawarannya. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran ini dalam minggu-minggu akan datang.


Komen ()