Boost merupakan salah satu perkhidmatan dompet digital yang popular, yang turut mempopularkan penggunaan nirtunai di Malaysia. Terbaru, pihak Boost telah mengumumkan yang mana mereka akan melakukan naik-taraf kepada perkhidmatan dompet digital mereka.
Melalui naik-taraf baru ini, Boost akan menawarkan saiz dompet digital yang lebih besar, membolehkan simpanan sehingga RM1000 untuk dompet Boost Basic, dan sehingga RM4999 untuk Boost Premium. Dompet baru juga turut akan menawarkan sokongan pemindahan wang antara pengguna Boost dengan mudah.
Namun, salah satu ciri yang akan dibuang adalah sokongan pengeluaran wang dari Boost ke akaun bank.
Melalui notifikasi yang diberikan pada aplikasi, Boost mengatakan langkah ini dalam menambah-baik lagi keselamatan, dan mengelakkan duit keluar ke akaun bank yang tidak dikenal-pasti. Simpanan wang ini juga akan mengalakkan lagi transaksi dan penggunaan dalam ekosistem Boost ini sendiri.
Bagi anda yang menggunakan dompet digital Boost, dan ingin mengeluarkan wang, mungkin boleh lakukannya hari ini.